Ini 10 cara mudah yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan di universiti.

Kehidupan sebagai pelajar universiti amatlah berbeza jika dibandingkan dengan zaman sekolah. Ini kerana, kita sedang mengalami fasa peralihan persekitaran.

Keperluan dan kehendak semakin memuncak, namun kekangan hidup sebagai pelajar menyebabkan ada yang terpaksa menolak kesemua kehendak ini ke tepi dahulu malah ada yang sehingga
melupakan cita-cita dalam pelajaran kerana terpaksa dan tidak mampu. 

Bukan kerana sikap boros, tetapi kadangkala keperluan melebihi kemampuan kita pada sesuatu masa. Ada masa, wang saku yang dari ibu bapa mungkin tidak mencukupi dan kita pun segan nak meminta.

Wang pinjaman PTPN atau biasiswa pula awal-awal lagi sudah lari bajet. Jika dikira dengan yuran pengajian, duit buku, kos sewa rumah, pengangkutan dan sebagainya, mungkin baki wang yang tinggal hanya cukup-cukup makan.

Sampai bila kita mahu ikat perut sehingga menjejaskan prestasi di universiti?

Jadi, salah satu cara untuk menambah pendapatan adalah dengan membuat bisnes! Tetapi, kenapa bisnes? Kenapa bukan kerja ‘part-time’? Apa bisnes yang sesuai untuk pelajar universiti? Bagaimana dan apa faedahnya?

Bisnes vs Kerja Part-Time

Bisnes Part-Time
 Fleksibel, modal mengikut kemampuan dan kelapangan masa anda Perlukan komitmen masa dan kos tambahan seperti pengangkutan
Boleh multi-tasking sambil bisnes Perlu fokus dan ada kala amatlah meletihkan
Risiko kemalangan rendah, cuma persekitaran/berdekatan universiti Risiko kemalangan ketika ‘travel’ dan di tempat kerja


Kebaikan membuat bisnes di universiti :

  • Menambah ‘side-income’ dan menampung kehidupan di universiti
  • Menambah kenalan baru dan ‘create networking’
  • Menambahbaik skill ‘time management’ dan kemahiran berkomunikasi
  • Pelbagai pendedahan (luar bidang) dan pengalaman berkualiti
  • Insentif dari universiti dan kerajaan bagi pelajar yang mengusahakan bisnes

Apa contoh bisnes yg seorang pelajar universiti boleh usahakan?

1) Perkhidmatan

Tidak perlu modal berasingan, sekadar guna apa yang kita sudah miliki

a) Servis Printing

Modal one-shot anda cuma printer dan modal ulangan untuk ink cartridge dan kertas.

Anda boleh usahakan servis mencetak nota, past-year question, slide mahupun mencetak assignment. Anda boleh juga kenalkan servis mencetak sekali delivery, pasti lebih efisien bagi pelajar.

Jangan lupa untuk promote bisnes anda di sekitar kolej kediaman mahupun laman sosial universiti jika ada.

Jika anda mahu, boleh sediakan khidmat mencetak hingga lewat malam mahupun 24 jam kerana pelajar amat gemar habiskan tugasan last-minute! (oops sorry :p)

b) Kereta Sewa/Khidmat Penghantaran

Anda boleh sewakan kereta/motosikal anda kepada yang memerlukan pada kadar yang berpatutan. Wang yang anda dapat, boleh lah tamping kos ansuran bulanan, kos penyelenggaraan mahupun simpanan.

Jika anda jenis sayangkan kereta, boleh usahakan khidmat penghantaran ke mall, stesen bas, keretapi mahupun airport pada harga lebih murah dari teksi. Anda boleh dapat regular customer, mana tahu jodoh pun lekat!

c) Servis/Repair PC

Sudah menjadi lumrah pelajar akan menghadapi masalah remeh berkaitan computer, apatah lagi yang tidak tahu apa apa. 

Jika anda mahir dalam bidang computer, jadikan ini sebagai side income anda! Anda pasti familiar dengan khidmat servis/repair pc di sekitar kampus bukan? Tawarkan harga menarik,
jika mampu selitkan sekali servis delivery!

d) Fotografi/Designer/Emcee

Di universiti, pasti meriah dengan aktiviti penganjuran pelajar dan universiti bukan? Gunakan kesempatan ini untuk mengisi poket anda.

Tawarkan perkhidmatan fotografi, edit banner dan poster,
ataupun jika anda seorang yg havoc, tawarkan diri menjadi emcee. Mana tahu, ada rezeki untuk kembangkan bakat dan jadi famous?

e) Tutor/Tuisyen

Tutor atau tuisyen adalah salah satu menjana pendapatan di universiti yang paling mudah. Jika anda mahir dalam subjek dan mendapat keputusan cemerlang, kenapa tidak jadikan ia sebagai income?

Anda boleh sediakan khidmat tutor atau tuisyen kepada pelajar sekolah mahupun rakan universiti.

Sambil mengajar, anda juga mendapat peluang untuk mantapkan skill komunikasi dan berkongsi teknik belajar yang berkesan. Never do something you’re good at for free okay? :p

f) Skim Khidmat Pelajar

Anda juga boleh mendaftar bagi skim khidmat pelajar dan bertugas dalam apa apa acara universiti. Anda bukan sahaja mampu mendapatkan elaun, malah makanan, pakaian serta barangan berkaitan turut disertakan!

Anda juga berpeluang mendapat sijil/surat penghargaan dari unversiti sebagai ‘selling point’ dan memperoleh ilmu dan pengalaman berharga.

2) Jualan/Online Trade

Jual beli yang memerlukan perhatian dan komitmen anda.

a) Makanan/Air/Snek

Jika anda sanggup usaha lebih, anda boleh menjual snek atau ‘jajan’ di sekitar kolej, bilik kuliah mahupun di aktiviti-aktiviti anjuran persatuan/kelab pelajar!

Ada yang sekadar letak di tangga dan ada bekas untuk masukkan duit, ada yang menyewa tapak booth atas tiket persatuan pelajar.

Apa pun, pastikan ianya tidak memudaratkan kesihatan pelajar!

b) Kraftangan/Seni

Jika anda memiliki bakat seni, jadikan ia sebagai income anda! Kebanyakan aktiviti anjuran pelajar memerlukan souvenir/doorgift yang lawa dan berpatutan! Jangan pandang pada untung, tetapi kuantiti dahulu.

Ada rezeki, mungkin khidmat anda diperlukan oleh seluruh persatuan di kampus? Takut anda yang tak menang tangan pula hehe

c) Online Dropship

Mungkin anda sedar sekarang sudah menjadi trend untuk menjadi pengedar dropship.

Cuba lah, anda bukan saja mampu mendapat income malahan manfaat dari dealer anda juga! Kebanyakan pelajar kekurangan masa untuk keluar dan mencari barang yang tranding, jadi ambil kesempatan ini. Approach them first, make a sale and earn!

d) Topup

Mustahil pelajar universiti tidak mempunyai handphone. Jual lah topup terutamanya di koperasi mahupun di kolej kediaman. Mesti laku, terutamanya pelajar yang segan/tak berkesempatan untuk keluar ataupun yang urgent kerana sedang mengendalikan aktiviti.

Kesimpulan

Haaa, kami dah kongsikan 10 cara bisnes mudah untuk menjana pendapatan di universiti. Banyak lagi peluang menjana pendapatan, terpulang kepada anda.

Be creative, be productive dan jangan malu. Sentiasa cari pengalaman, dan anda akan lebih memahami dunia bisnes dengan lebih mudah dan praktikal.

Mana tahu dari sekadar mencari income, menjadi minat dan kerjaya? Boleh sediakan peluang pekerjaan pula untuk anak-anak muda.

Apa pun, sentiasa jadikan pelajaran sebagai keutamaan dan jangan terlalu asyik mengejar income sehingga mengabaikan akademik! Goodluck!


Nak belajar kelas social media marketing ? Ketahui teknik dan cara buat marketing dengan mudah untuk tingkatkan jualan! Semua orang boleh lakukannya sendiri. Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut.

Pendapat anda?

Adi Safuan
Adi Safuan

Percaya bahawa setiap peluang itu adalah milik semua. Suka berkongsi segala pengalaman dan terbuka kepada sebarang perkongsian. Bagi Adi, tiada yang mustahil jika sentiasa ada usaha, ianya terpulang pada diri masing-masing untuk melakukan perubahan kerana Adi berpegang pada prinsip 'nothing is impossible to a willing heart'

Leave a Reply

Your email address will not be published.