Inspirasi

Melanie Perkins, Bagaimana Canva Menjadi Startup UNICORN

Siapa pernah dengar nama Melanie Perkins atau pernah pakai CANVA?

CANVA adalah platform design online percuma. Di CANVA anda bukan sahaja boleh buat logo, malah bermacam lagi yang berkaitan dengan design.

Pada tahun 2019 CANVA menjadi salah satu startup UNICORN. Merupakan satu satunya startup yang berani lawan TITAN seperti Adobe atau Microsoft.

Siapakah Orang Disebalik CANVA

melanie-perkins-bagaimana-canva-menjadi-startup-unicorn

Melanie Perkins, 32 tahun adalah CO-Founder & CEO CANVA.

Pengasas muda memulakan syarikatnya di Australia pada tahun 2013.  Dalam usaha untuk buat platform design yang boleh diakses oleh semua – sama ada untuk logo, poster, resume ataupun presentation untuk bisnes anda.

Dalam tempoh 5 tahun, beliau menjadi salah satu CEO wanita termuda, dalam bidang teknologi pada usia 30 tahun. 

Impian Anak Muda

Melanie Perkins hanya berusia 19 tahun masa dia dapat idea ini. Ini adalah kerana mereka rasa design platform ketika itu seperti Microsoft dan Adobe “sangat susah” dan dia merasakan bahawa mesti ada cara yang lebih mudah.

Bagi Melanie, dia merasakan orang ramai perlu menghabiskan masa yang panjang hanya untuk faham tentang butang mana nak tekan, macam mana nak guna tools ini dan sebagainya.

Dalam satu wawancara Perkins Bersama CNBC Make It dia beritahu,

“Pada masa akan datang semuanya akan menjadi dalam talian dan lebih mudah daripada alat-alat yang sangat sukar ini.”

Bermula Dengan Impian

melanie-perkins-bagaimana-canva-menjadi-startup-unicorn(Melanie Perkins dan teman lelakinya Cliff Obrecht)

Dengan sedikit sumber dan pengalaman perniagaan yang tak banyak, pasangan ini mula kecil dan melahirkan Fusion Books Online (online school yearbook design) untuk test idea mereka.

Surprisingly, bisnes itu berjaya, dan masih aktif sehingga hari ini. Tetapi untuk Melanie, ia adalah langkah pertama dalam apa yang dia panggil “Idea Gila” untuk one-stop center design secara online.

Silicon Valley

Pada tahun 2010, semasa persidangan di Perth, Dia dapat peluang keemasan dia dengan berjumpa salah satu pelabur di Silicon Valley iaitu Bill Tai.

Bagi yang tidak mengenali Bill Tai, beliau adalah salah satu investor untuk Canva, Zoom dan banyak lagi.

Bill Tai menjemputnya ke San Francisco untuk pitch idea. Beberapa jam kemudian, Bill Tai sangat kagum dan jelas visi dan misi CANVA dan dia mula menghubungkannya dengan kenalan dia.

UNICORN

melanie-perkins-bagaimana-canva-menjadi-startup-unicorn

Hari ini, Canva telah membantu dan design lebih kurang 2 billion untuk 190 negara.

Pada tahun 2019, pusingan pembiayaan (Funding Round) $85 juta yang telah diketuai oleh pelabur Silicon Valley Mary Meeker’s Bond Capital telah menilaikan syarikat tersebut sebanyak $3.2 bilion.

Melanie berkata dengan menggunakan dana tambahan yang telah diberi dia telah memperluaskan pasukannya di Sydney, Beijing dan Manila, dan juga membina perkhidmatan berbayar seperti Canva Pro dan Canva for Enterprise.

Strategi itu telah bawa CANVA dekat dengan persaing-nya seperti Microsoft dan Adobe.

[Lihat Juga : NASIHAT NADHIR, CEO THE LORRY KEPADA SEMUA PEMULA STARTUP]

3 TIPS DARI MELANIE PERKINS UNTUK ENTREPRENEURS

  • “Just start it” Jangan kita dengar “biawak” atau orang yang mengatakan yang kita tak mampu atau takkan berjaya dalam apa yang kita nak buat.

  • “Solve a real problem that many people experience”. Dengan cara ini kalau kita dapat menyelesaikan masalah orang, ia akan menjadi mudah untuk menjalankan sesuatu bisnes.

  • “Go niche, before you go wide”. Kami uji idea Canva dengan Fusion Books, yang merupakan pasaran niche buku tahunan sekolah menengah di Australia. Kami banyak belajar dari Fusion dan buktikan sesebuah idea mampu dijayakan, kami memutuskan untuk menangani masalah yang lebih besar iaitu membantu orang buat design dengan mudah secara percuma di ONLINE.

[Baca Artikel Seterusnya : 5 CARA JANA PENDAPATAN SEBAGAI STUDENT]


Sumber inspirasi artikel ini daripada CNBC, FEMALEONEZERO, ENTERPERNEUR ASIA PACIFIC.

Pendapat anda?
Share: