GoCar merupakan sebuah startup yang ditubuhkan pada Mac 2015 yang menyediakan perkhidmatan perkongsian kereta janga pendek yang berpatutan.
Jika melalui cara tradisional untuk menyewa kereta, kita kena melalui banyak proses yang melecehkan seperti dikehendaki untuk call penyewa, kena pergi ambil kereta sendiri, lihat kereta yang tidak tahu kondisinya, mengisi beberapa borang dan barulah dapat menggunakannya.
Harini teknologi lebih memudahkan penggunannya. GoCar mulakan langkah untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara mobiliti yang baru. Semua urusan hanya menggunakan APLIKASI ! Mudah kan ?
Mengenai Go Car
Pada permulaan pertubuhannya, mereka memberikan pelanggan mereka servis untuk menyewa kereta mengikut jam atau hari. Semua proses adalah layan diri melalui website ataupun apps.
Mengikut sumber dari Magic, sejak pelacarannya, GoCar telah menerima lebih daripada 5,000 jam temapahan untuk kereta yang terletak di Cyberjaya, Mont Kiara, Mid Valley, dan Bangsar.
Mayflower Acme Tours Sdn Bhd, anak syarikat kepada TC Holdings Berhad mengumumkan pengambilalihan kepentingan majoriti dalam teknologi startup GoCar Mobility Sdn Bhd.
Selain daripada pengambilalihan ini, GoCar juga telah dianugerahkan geran CIP 500 yang bernilai
RM 500,000 untuk membolehkan syarikat startup ini untuk terus berkembang ke pasaran baru,
menambah pasukan dan meningkatkan lagi strategi pemasaran.
Revolusi Bisnes Menyewa Kereta
Jika kita lihat cara startup ini menyediakan perkhidmatan mereka, ia merupakan revolusi kepada cara tradisional untuk menyewa kereta. Syarat utama yang mereka tetapkan ialah anda mestilah berumur 21 tahun keatas, mempunyai lesen, dan juga mestilah menjadi ahli yang berdaftar dengan bayaran RM 50 sahaja.
Saya kongsikan bagaimana GoCar ini berfungsi :
1) Download Aplikasi GoCar
Anda boleh memuat turun apps GoCar di Googleplay atau Appstore dengan menaip GoCar Malaysia.
2) Buat Tempahan
Anda dikehendaki untuk menempah tempoh masa yang anda perlukan, berapa jam/hari dengan mengunakan aplikasi berkenaan.
3) Unlock
Login kepada gocar.my dan mula untuk membuat tempahan. Ikuti sahaja step by step yang diberikan. Ia sangat mudah.
4) Dapatkan Kunci
Gunakan pin code yang telah diberikan di dalam apps berkenaan untuk Unlock keybox yang berada di dalam dashboard kereta berkenaan
5) Mula memandu dan pulang dengan selamat !
Jangan lupa untuk menghantar tepat pada waktunya, atau jika anda mahu untuk extend masa boleh pergi ke sini untuk mengetahui lebih lanjut. Frequent Ask Question
Lokasi Untuk Pickup GoCar
Cyberjaya
Shaftsbury Residences, Prima Avenue (Starbucks), Prima 8, Tan’Yaa Hotel, The Arc
Bangsar
Sri Wangsaria, Art Printing Works (APW), Jln Kaloi, Jln Medang Serai
Mont Kiara
UEMS Showcase, MK Seni, MK11, MK Bayu, MK28
Kuala Lumpur
MUV Yard, Robertson Pudu, TCEAS Chan Sau Lin
Petaling Jaya / Shah Alam
Renault Showroom PJ, HighPark Suites Showroom, TCEAS Glenmarie
Sepang
KLIA, KLIA2
Semakin hari urusan perkhidmatan service di Malaysia sudah mencapai kemajuannya yang tersendiri. Tidak kira lah apapun teknologinya yang penting ia mampu memberikan kemudahan, kebaikan dan penambahbaikan kepada masyarakat di Malaysia untuk menggunakannya.
Layari Go Car Malaysia untuk mengetahui startup ini dengan lebih lanjut.