Kerjaya

5 Tips Perancangan Kerjaya Anda Dengan Berjaya

tips-perancangan-kerjaya-anda-dengan-berjaya

Perancangan kerjaya bukanlah satu perkara yang anda harus lakukan sekali seumur hidup ( waktu sekolah menengah atau university) selepas itu anda melupakan dan tinggalkan ia begitu sahaja.

Sebaliknya, perancangan kerjaya adalah satu aktiviti yang sangat bagus untuk dilakukan secara teratur dan kemas serta mempunyai misi dan visi.

Terutama sekali dengan rata-rata pekerja yang most probably akan mengubah karier mereka beberapa kali sepanjang hayat mereka.

Anda harus tahu bahawa tidak kira peringkat apa pu yang anda berada dalam kerjaya anda, ia tidak pernah terlambat untuk anda memulakan perancangan kerjaya anda.

Ramai orang yang takut untuk merancang kerjaya mereka. Mereka akan terfikir tentang tanggungjawab, commitment dan lain lain seterusnya menimbulkan rasa anxiety bila terfikir tentang career planning mereka. 

Tetapi anda harus tahu, perancangan kerjaya bukan sesuatu yang harus ditakuti ataupun diketepikan.

Perancangan kerjaya sepatutnya membuat anda rasa bebas dalam merancang/memilih kerjaya anda dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan anda

Selain itu, ia membuatkan anda mencapai matlamat anda dalam kerjaya semasa atau untuk memulakan kerjaya yang baharu.Biar Job Kartel senaraikan 5 tips untuk merancang kerjaya anda dengan berjaya.

Ini  5 Tips Perancangan Kerjaya Anda:

1. Cari Masa untuk Merancang Kerjaya Anda.

Ramai rakyat Malaysia yang mempunyai “banyak masa” seperti merungut tentang kerjaya mereka, main facebook, Instagram dan media sosial yang lain, merungut tentang masa depan tapi tidak melakukan apa apa untuk overcome ketakutan mereka tentang masa depan mereka.

Jadi, kalau banyak sangat masa mereka, mengapa tidak membuat career planning?

Satu tahun mempunyai 52 minggu dan 365 hari. Tidak ada alasan untuk anda mengatakan anda tiada masa untuk merancang kerjaya anda.

Apa yang anda harus buat ialah mencari hari/hujung minggu atau lebih kerap jika anda merasakan anda perlu atau jika anda merancang untuk mengubah kerjaya semasa anda.

Di dalam jadual anda, anda juga perlu merancang hari cuti anda.

Cuba sedaya upaya untuk menghalang semua gangguan supaya anda mempunyai masa untuk betul-betul menumpukan perhatian pada career planning anda dan apa yang anda betul-betul inginkan daripada kerjaya anda.

Dengan membuat perancangan kerjaya anda, anda akan merasakan lebih selamat dalam keputusan anda.

Dalam pada masa yang sama akan anda bersedia untuk melalui dugaan dan kesukaran yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang

2. Nyatakan Keperluan, Keinginan, Likes And Dislikes Anda

Perubahan adalah lumrah kehidupan. Semua orang berubah sama seperti apa yang kita suka dan tidak suka. Sesuatu yang kita suka 5 tahun lepas, sekarang kita tidak sukakan lagi malah membuatkan kita rasa tidak senang.

Oleh itu, kita harus sentiasa mengambil masa untuk memikirkan perkara-perkara dalam hidup kita. Bukan hanya dari sudut pekerjaan tetapi juga kehidupan kita sendiri.

Anda harus buat 2 senarai column likes dan dislikes utama anda. Kemudian, relate kan senarai ini untuk memeriksa pekerjaan semasa dan hala tuju kerjaya anda.

Jika pekerjaan anda lebih kepada “likes” anda, maka anda masih berada di jalan/kerjaya yang betul.

Tetapi, jika aktiviti pekerjaan anda jatuh kebanyakkanya di dalam column “dislikes” anda, sekarang is the right time untuk anda mencari pekerjaan dan kerjaya anda yang baharu.

Akhir sekali, cari masa untuk anda betul-betul fikirkan keperluan dan keinginan anda dari pekerjaan dan dari kerjaya anda.

Adakah anda looking forward untuk membuat perbezaan di dunia? Untuk menjadi famous? Untuk menjadi financially stable and independent?

Atau untuk melaksanakan perubahan? Know your own mission and vision yang akan mendorong anda untuk berjaya dan juga bahagia pada masa akan datang.

3. Nyatakan Hobi-Hobi Yang Anda Gemar Lakukan

Apa yang bagusnya tentang merancang kerjaya anda ini ialah ia memberikan anda masa untuk meniliti aktiviti yang anda suka lakukan ketika anda mempunyai masa yang lapang.

Anda mungkin akan rasa pelik, kenapa nak kaji hobi yang kita suka lakukan apabila merancang kerjaya anda tetapi untuk pengetahuan anda, banyak hobi atau aktiviti yang relaks dapat memberi anda gambaran yang mendalam tentang hala tuju kerjaya anda pada masa akan datang.

Anda fikir anda tidak boleh membuat hobi menjadi kerjaya? Well you are wrong, ramai orang yang sudah pun berjaya hanya dengan hobi mereka.

Sebagai contoh seorang pelukis terkenal Paul Gauguin ialah usahawan yang berjaya yang hobinya orang lain tidak tahu ialah melukis.

Selepas mendapat galakkan dari seorang artis untuk Paul terus melukis, akhirnya dia mengambil keputusan yangr serius untuk menukar kerjayanya.

4. Catat Dan Simpan Pencapaian Anda Yang Lalu

Kebanyakan orang tidak menyimpan rekod pencapaian kerja mereka kemudian struggle di kemudian hari untuk membuat resume ketika mencari kerja baru.

Menyimpan rekod pencapaian anda bukan sahaja berguna untuk membuat resume anda, malah juga berguna untuk perancangan kerjaya anda.

Kadangkala, apabila mengkaji semula pencapaian masa lalu anda, ia akan mengingatkan kejayaan anda yang mungkin anda sudah lupakan.

Dengan cara ini, ia akan membuat anda untuk focus kepada perkara yang anda mampu untuk lakukan. Dalam pada masa yang sama, pencapaian itu mampu membuat anda bangga akan diri anda.

5. Tetapkan Matlamat Kerjaya Dan Pekerjaan Anda

Buat peta minda untuk pekerjaan dan kerjaya anda. If you would ask, bolehkah anda berjaya dalam kerjaya anda tanpa menetapkan matlamat asas? Of course, ya boleh.

Tapi bolehkan anda lebih berjaya jika anda menetapkan matlamat anda? Kebanyakan penyelidik berkata ya.

Perkara asas utama dalam merancang kerjaya anda ialah menetapkan jangka pendek (pada tahun yang akan datang) dan jangka Panjang (melebihi setahun), kerjaya dan matlamat kerja yang baharu.

Sebaik sahaja ada melakukan perkara ini, ia akan menyesuaikan matlmat tersebut sebagai pelan kerjaya anda maju/berubah dan mengembangkan matlamat baru sebaik sahaja anda mencapai matlamat sebelumnya.

Admin harap anda dapat belajar serba sedikit tentang 5 tips perancangan kerjaya ini untuk masa depan anda.

Pendapat anda?
Share: