Startup

Next Academy, Lahirkan Individu Mahir “Coding” Bertaraf Antarabangsa.

Penubuhan Next Academy di Malaysia merupakan satu peluang kepada mereka yang mencari tempat belajar dan berminat untuk menceburi dunia “coder”. Sikap tidak berputus asa Josh Teng (founder) untuk mewujudkan platform ini, akhirnya berjaya selepas banyak perkara yang telah ditempuhi. Pada Julai 2015, secara official tercetusnya NEXT ACADEMY.

Kenapa coding ?

“Keperluan industri hari ini sememangnya bergerak berdasarkan perubahan teknologi persekitaran secara langsung ataupun tidak. Uber, Grabtaxi, Lazada, Thelorry.com,  KFiT, dan lain-lain semuanya melibatkan teknologi yang melibatkan coding. Saya melihat dunia hari ini bergantung kepada teknologi untuk berfungsi dengan lebih cekap dan pantas” – Josh Teng

Di Next Academy mereka hanya memerlukan masa anda selama 9 minggu sahaja untuk menjadi seorang coder yang bertaraf antarabangsa.

Antara tujuan utama yang dititiberatkan oleh Next Academy, kepada sesiapa yang memasuki bootcamp ini, apabila anda habis sahaja sesi selama 9 minggu, anda mempunyai tiga pilihan dan ketiga-tiganya memberikan anda satu peluang baru yang besar iaitu :

  • Menubuhkan sendiri syarikat tech yang anda impikan.
  • Anda akan dihubungkan untuk bekerja diantara syarikat yang terbaik di dalam dunia seperti KFIT, GrabTaxi, Mindvalley, Bussiness Insider, dan lain-lain.
  • Menjadi freelance developer  yang membuat aplikasi untuk pelanggan seluruh dunia.

Bootcamp ini sememangnya memberikan pulangan yang baik kepada sesiapa yang betul-betul berminat untuk belajar mengenai coding.

Fakta Menarik Mengenai Next Academy :

1) Mereka hanya memerlukan masa anda selama 9 MINGGU sahaja untuk menjadi developers bertaraf antarabangsa.

2) Memberikan biasiswa kepada warga Malaysia yang kurang bernasib baik.

3) Mereka akan membantu menghubungkan graduan Next Academy dengan  syarikat-syarikat berteknologi yang terkenal di seluruh dunia seperti Mindvalley.

4) Belajar dengan mentor secara terus untuk belajar dan dibimbing melalui kelas yang dijalankan.

5) 80% tenaga pengajar di Next Academy merupakan individu yang mahir dalam bidang Software Developers.

6) Membawa konsep pembelajaran daripada Salicon Valley Coding Schools yang dilalui sendiri oleh founder mereka, Josh Teng.

7) Suasana belajar yang seronok dan kasual.

8) 50% yang hadir bootcamp ini dengan pengalaman yang sedikit dan tidak mempunyai pengalaman langsung mengenai coding.

9) 99% pelajar yang sudah melalui bootcamp ini sama ada telah bermula membina syarikat startups mereka sendiri ataupun sudah menyertai syarikat di luar sana sebagai coder, pereka grafik, pemasaran digital dan banyak lagi.

10) Antara aplikasi yang telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar di Next Academy : Kill Bill, Boro, Cast, Kampy, TeamUp dan Project Z

Banyak perkara yang menarik mengenai Next Academy ini. Jika ada sesiapa yang berminat untuk menjadi salah seorang yang mampu merubah landskap dunia. Anda dijemput untuk melihat sendiri suasana mereka semasa waktu bekerja.Boleh pergi ke sini untuk mengetahui lebih lanjut :

Website  : https://www.nextacademy.com
Hubungi  : +03 2168 3693
Alamat    : A-G-7 Glomac Damansara, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur.

Melihat secara kesuluruhan, misi dan visi Next Academy ini adalah mereka ingin menyumbang dan membantu kepada sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan kepakaran dan ilmu dalam mengembangkan Tech Startups.

Akhir kata daripada Josh Teng,

“Programming adalah satu alat atau medium di masa hadapan”.

Pendapat anda?
Share:

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Download Ebook 15 Soalan Killer Interview

Free Resume Template, Tips Interview Serta Teknik Menjawab & Lulus INTERVIEW Terbaik 2017
Download Disini!
Jangan Lepaskan Peluang
Click Me
Logo Header Menu