Tips Kerjaya

Personal Branding, Suatu Perkara Penting Yang Jobseeker Terlepas Pandang

Sebelum pergi dengan lebih jauh, fahami dulu maksud personal branding. Ramai yang bertanyakan manfaat personal branding sedangkan asasnya mereka tidak benar-benar faham.

Personal branding merupakan satu amalan pemasaran diri sendiri dan juga kerjaya dijadikan sebagai sebuah jenama. Contohnya begini, bila orang melihat warna kuning orang terus teringat Jobkartel. Jika orang melihat nama anda, apa yang mereka tahu?

Itulah asas kefahaman mengenai personal branding. Bagaimana anda meletakkan diri anda sebagai seorang jobseeker. Jika ingin melihat dari segi kepentingannya, ia amat mudah untuk ditafsirkan.

Jika anda seorang majikan. Adakah anda perlu seseorang yang mempunyai “jenama” yang sama dengan jenama syarikat yang anda sedang usahakan?

Semestinya jawapannya, Ya.

Memilih seseorang talent yang mempunyai sama jenama dengan syarikat akan membuatkan talent itu lebih selesa, suka dan memberikan sepenuh minat untuk menyumbangkan idea dan tenaga kepada pembangunan syarikat.

Bagaimana Cara Mempersembahkan Personal Branding?

Anda boleh bawa jenama diri anda sendiri semudah menggunakan media sosial. Ia bukan satu berita yang memeranjatkan bahawa bakal majikan anda akan melihat laman sosial yang anda miliki.

Ia boleh jadi bakal majikan anda melihat sosial media anda secara kesuluruhan, LinkedIn, Facebook,Twitter,Blog dan sebagainya.

Apa yang anda miliki di laman sosial, mencerminkan diri , perwatakan, dan jenama anda memberi respon di alam maya.

Interview Mastery Kit

Jika anda menunjukkan sesuatu yang baik seperti banyak berkongsi mengenai projek yang anda lakukan, cerita kejayaan ataupun penulisan perkongsian dan ilmiah.

Ini akan memberikan pandangan awal ataupun judgement mereka terhadap diri anda. Bayangkan jika anda seorang majikan dan anda lihat bakal pekerja anda seorang yang kuat buli di laman sosial, kuat memaki hamun, upload gambar-gambar yang tak baik. Adakah anda mahu mengambilnya?

Tepuk dada tanyalah diri. Disini ada 4 perkara penting yang bakal majikan anda akan pertimbangkan apabila ingin menilai jenama yang ada pada diri anda.

1) Nilai

Berkongsi mengenai prinsip dan nilai seperti integriti dan minat sangatlah penting, mereka akan akses untuk melihat kepada nilai-nilai ini di media sosial anda kerana apabila membuat temuduga secara facetoface agak sukar untuk mereka lihat.

Anda boleh kongsikan nilai-nilai ini dengan menunjukkan kerja-kerja lepas yang telah anda lakukan di dalam media sosial. Di setiap apa yang anda kongsi, suarakan di media sosial sangat diambil kira oleh bakal majikan anda untuk melihat anda dengan lebih dalam lagi.

2) Pengalaman

Apa nilai komersial yang calon ada melibatkan kepakaran profesional dan peribadi yang mampu meningkatkan jenama anda pada masa akan datang.

Perkara-perkara seperti ini penting buat majikan untuk melihat sama ada pengalaman anda mampu memberikan impak yang baik kepada syarikat.

Ya, jika anda memohon pekerjaan di tempat pesaing syarikat lama anda, ia memberikan satu advantage yang baik tetapi dalam jangka masa pendek.

Untuk penilaian yang lebih menyuruh, apa pengalaman yang anda miliki untuk keseluruhan kerja anda untuk mempersembahkan diri anda dan adakah ia bagus untuk diri anda sendiri?

3) Individu itu sendiri

Setiap pekerja merupakan “role model” kepada syarikat. Jika anda memiliki DNA yang tepat kepada bakal syarikat yang anda kerja, maka anda akan mudah untuk terpilih untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Tunjukkan diri anda pada keadaan yang paling baik dalam mengetengahkan social appeareance anda. Ini memudahkan lagi bakal majikan untuk melihat DNA  anda sama ada sesuai untuk syarikat mereka ataupun tidak.

Nasihat saya, tunjukkan diri anda dan bukan watak orang lain. Kerana biarlah bakal majikan anda memanggil dan terima anda kerana diri anda sendiri.

Ini akan memudahkan anda menyesuaikan diri bekerja di tempatnya pada masa akan datang.

4) Potensi

Sebuah jenama tu akan sentiasa berevolusi. Sebab itu majikan juga akan melihat kepada potensi sejauh mana jenama diri anda ini mampu untuk pergi sepanjang perjalanan syarikat  itu.

Bakal majikan anda akan melihat sama ada anda akan menjadi rakan baik kepada syarikat ataupun hanya menjadi penambah nilai diri dan pasaran untuk berpindah kepada “next career move.”

Sebagai seorang jobseeker, anda perlu mencari seorang majikan yang mampu memberi penambahbaikan kepada kemahiran semasa  dan motivasi diri anda untuk memastikan pembinaan personal brand anda ke tahap yang lebih baik.

 

Pendapat anda?

Download Ebook 15 Soalan Killer Interview

Free Resume Template, Tips Interview Serta Teknik Menjawab & Lulus INTERVIEW Terbaik 2017
Download Disini!
Jangan Lepaskan Peluang
Click Me