Bisnes

Jawatan Kosong Video Editor (Gaji Sehingga RM5,000)

jawatan-kosong-video-editor-1

Sebuah syarikat Digital Creative Agency iaitu TamsIdea Sdn Bhd sedang mencari seorang Video Editor yang mampu memberikan sentuhan magis di dalam kemahiran menyunting video untuk menjadikan ia sebuah final video yang menakjubkan.

Mereka sedang mencari seorang video editor yang berbakat  yang mampu mengumpulkan footage video yang telah dirakam kepada sebuah projek yang tersusun lengkap sepadan dengan visi pengarah dan sesuai untuk melakukan penyiaran.

Tidak lupa juga, jika anda sebagai video editor mestilah mampu untuk membawa sebuah penglihatan atau pandangan serta pandai bermain dengan elemen bunyi untuk digabungkan bersama-sama di dalam suntingan untuk memastikan dapat memberikan penyampaian sebuah cerita yang padu!

tams-idea-1

Syarikat TamsIdea sedang mencari beberapa orang Video Editor yang mampu mencapai kriteria seperti yang dinyatakan dibawah :

JAWATAN KOSONG VIDEO EDITOR

Kelayakan

  • Minimum Diploma atau mempunyai pengalaman yang setaraf di dalam kajian filem, sinematografi atau bidang berkaitan.
  • Fresh Graduate dialu-alukan dengan mempunyai asas kemahiran di dalam penggunaan perisian penyuntingan video.
  • Mempunyai pengalaman kerja yang terbukti sebagai seorang editor video dan mampu memberikan portfolio yang kuat
  • Mahir dalam teknologi digital dan di dalam penggunaan perisian penyuntingan seperti Premiere, After Effects, Final Cut, Lightworks dan Avide Media Composer
  • Mempunyai kemahiran di dalam membuat kesan khas, 3D dan penggubahan
  • Seorang yang berminda kreatif dan mahir di dalam pembuatan konten atau penceritaan
  • Mampu bekerja secara sendirian dan di dalam suasana berkumpulan
  • Mahir di dalam komunikasi dan mempunyai etika kerya yang bagus
  • Tahu bertutur dan menulis di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris

Tanggungjawab

  • Memanipulasi dan mengedit kepingan rakaman filem dengan cara yang tidak dapat dilihat oleh penonton
  • Tahu memberikan penerangan kepada pasukan production mengenai keperluan dan spesifikasi yang diperlukan
  • Membuat review skrip rakaman dan raw material untuk membuat senarai keputusan shot yang akan dirakam berdasarkan nilai adegan dan sumbangan kepada kesinambungan.
  • Trim segmen rakaman dan menyusun urutan filem
  • Mahir di dalam muzik Input,dialog, grafik dan membuat kesan khas
  • Membuat potongan kasar dan akhir
  • Memastikan susunan video yang logik dan berjalan lancar
  • Sentiasa mencari dan melaksanakan teknologi editing yang baru dan amalan terbaik industri untuk memaksimumkan kecekapan.

Kelayakan Tambahan

  • Sentiasa minat untuk mengetahui dan belajar perkara yang baru
  • Berani untuk mengambil projek dan sentiasa seronok melakukannya
  • Pandai mengurus tugas yang diberikan
  • Mampu bekerja lebih masa dan tidak suka mengeluh
  • Seorang yang mahir dalam komunikasi dan mempunyai etika kerja yang bagus
  • Tidak gentar dengan mendengar maklum balas dan kritikan video yang telah dibuat

tams-idea-2

Pastikan anda membaca di setiap kelayakan dan tanggunjawab yang telah diberikan. Jika anda bukan orang yang boleh mencapai kelayakan yang diberikan, jangan sesekali membuang masa menghantar resume anda kepada kami. 

Nak lihat portfolio team TamsIdea? Sila lihat disini :

Portfolio Iklan Video Tams Idea

Kami difahamkan bahawa mereka tidak terlalu tekankan orang yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun di dalam penyuntingan tetapi cukup sekadar mereka yang mempunyai idea kreatif yang hebat, asas kepada penggunaan perisian penyuntingan dan seseorang yang mempunyai minat yang mendalam untuk belajar dan menceburi banyak perkara-perkara yang baru.

Tidak kira samaada anda hanya mempunyai sedikit pengalaman ataupun sudah bertahun di dalam bidang ini.

Disini mereka menjanjikan  perkembangan karier yang hebat. Banyak perkara yang akan anda lalui dan belajar dari segi pengetahuan dan ilmu yang melibatkan dunia kreatif.

Jika anda merupakan seorang yang sukakan suasana syarikat startup yang penuh dengan cabaran, mempunyai idea kreatif yang hebat, suka akan keseronokkan dan santai dalam melakukan sesuatu kerja dan boleh bekerja dengan suasana yang harmoni, anda adalah orang yang mereka cari :

Gaji

Bermula RM1,500 sehingga RM5,000 (Bergantung kepada pengalaman)

Lokasi : 

M City, Tower 1 Level 19 No 20, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Hantar resume & portfolio anda disini :

contact@jobkartel.com

P/s : Di dalam artikel ini merupakan isi penting untuk digunakan ketika semasa sesi temuduga, pastikan anda membaca di setiap patah perkataan yang ada di dalam artikel ini dan fahaminya dengan jelas. 

Pendapat anda?

Download Ebook 15 Soalan Killer Interview

Free Resume Template, Tips Interview Serta Teknik Menjawab & Lulus INTERVIEW Terbaik 2017
Download Disini!
Jangan Lepaskan Peluang
Click Me