Inspirasi

Bagaimana Katsana Bermula, “Perfection Is Bullshit”

Bagaimana Katsana Bermula, Perfection Is Bullshit

***Sumber gambar daripada TheMalayMailOnline

Kereta anda hilang dimana ? —– Katsana!

Itulah nama sebuah syarikat teknologi yang semakin hebat menempa nama di Malaysia. 

KATSANA – GPS Car Tracking System.

Pada permulaanya Tuan Syed Ahmad Fuqaha, CEO kepada Katsana ingin meletakkan nama syarikatnya “katmana” ataupun “katsini” tetapi nama ini sudah diambil domain nya — kisah benar. 

Mari kita bersama melihat pesanan Fuqaha dalam menjayakan Katsana. Kunci ucapannya beliau menyebut…

(1) Perfection Is Bullshit

Bunyinya kasar tetapi maksudnya sangat besar.

Katanya, “To be perfect itself, you will spent a lot of time/effort and money. Sebagai entrepreneur, kita tiada masa untuk semua tu”.

Test produk yang anda ada cepat, jangan tunggu sehingga ia sempurna! Dalam perjalanan barulah membuat penambahbaikan. Bila kita passionate, kita akan mahu resultnya dengan cepat.

(2) Bagaimana Permulaan Katsana ?

Bermula dengan tiga orang individu, Tuan Syed Ahmad Fuqaha juga membuat validasi, “cubacuba” menjual servis yang berteknologi tinggi, tetapi ia mampu milik kepada ramai orang! Dengan menggunakan simple website, ia mendapat respon permintaan yang tinggi ! 

Ada satu kisah, ketika ini team Katsana hampir tiada wang dan tidak boleh menjalankan bisnesnya. Apa beliau buat?

Smart Marketing

Pada awalnya beliau membuat marketing seperti konsep Pre Order dimana masa itu jika anda membeli pada tempoh tertentu ia berharga RM899, jika membelinya lagi 5 bulan kehadapan ia meningkat kepada rm1200 — masa ini produk pun masih tiada.

Tidak disangka-sangka, dengan teknik ini, duit yang terkumpul dengan membuat preorder mencecah hampir RM30,000.

Dengan kestabilan kewangan ini kembali, Fuqaha sambung dan develop produk Katsana untuk memenuhi keperluan pelanggan sahaja pada peringkat permulaan.

“You need to have a customer first, then you create the product!”
— Validasi paling penting!

” Jangan sesekali mengejar kesempurnaan, anda tak boleh untuk memenuhi cita rasa semua orang untuk sesuatu produk yang dibuat. MUSTAHIL.

Macam Katsana, kami mengetahui siapa segmen pelanggan kami. Itu yang penting. Kenali Avatar anda “.

Jika dilihat hari ini, syarikat GPS di Malaysia mempunyai hampir 40 buah syarikat, tetapi mengapa Katsana boleh berkembang pesat sehingga hari ini ?

(3) Target Market

Katsana hidup bukan untuk make everyone happy, tetapi mereka mempunyai target market mereka sendiri. ” To kill Katsana, you need to make what we do, more simpler, orang suka perkara yang mudah, sebab itu wujudnya teknologi. As long as you can fulfill them, it is good enough”.

Untuk memulakan startup, produk anda cukup hanya menjadi good enough sudah memadai. Bukan menunggu menjadi sempurna baru nak bermula.

Harini dunia startup seolah-olah menjadi trend bagi anak muda, kelihatan cool ataupun menganggapnya sebagai culture movement. Ini merupakan satu pemikiran yang salah.

(4) Pandangan Fuqaha Mengenai Realiti Startup ?

Ini perkara penting..

Beliau menegaskan “Anda kena mengetahui apa yang saya ingin sampaikan, untuk membina sebuah startup, jangan melihat kepada kejayaannya sahaja.

“You need to put everything to be an entrepreneur, you dont have time for your family, for your friends dan yang paling teruk, you dont even have a time with yourself! everything is put on your dream and believe. Aku hari-hari tidur pukul 4 pagi kot, tak salah jika nak fikirkan kejayaan, tetapi korang kena tahu, realiti yang akan korang akan hadapi nanti”.

— Perbualan terhenti, dan ketika ini Syed Ahmad Fuqaha kelihatan sedikit menitiskan air mata…

** Bagi saya ini air mata seorang lelaki yang paling bernilai sekali, penuh & sarat dengan cerita.

Apa yang Katsana ada harini, dengan pengorbanan yang besar. 

Pengorbanan masa, wang, tenaga dan keseluruhannya.

Pesanan terakhir dari beliau “Anda kena tahu, projek Katsana bukan untuk menjadikan syarikat ini millionaire, kalau nak buat 5-10 juta setahun mungkin tiada masalah, millionaire semua org boleh buat, tetapi kita syarikat yang berkeinginan untuk menjadi billionaire.”

Terkesan tajam pesanan Tuan Syed Ahmad Fuqaha,
CEO Katsana.

Pendapat anda?

Download Ebook 15 Soalan Killer Interview

Free Resume Template, Tips Interview Serta Teknik Menjawab & Lulus INTERVIEW Terbaik 2017
Download Disini!
Jangan Lepaskan Peluang
Click Me